
Admin juga adalah pengguna facebook, cuma kebelakangan ini tidak berminat lagi. Sebabnya.? mungkin akan diberitahu dalam entri akan datang. Oleh kerana kepelbagaian yang ada di facebook, admin ingin senaraikan beberapa point yang boleh dikatakan 'wierd' dengan bagaimana orang bertindakbalas dengan status anda.
Berikut adalah point-point yang admin pikirkan.
1. Lari dari topik status yang dimuatnaik.
Makanya jika ada kawan yang tanya ' berapa suhu kat sana sekarang.? best tak.?', tentu anda pun seronok hendak reply.

Bertambah 'buruk', anda melayan dan akhirnya jadilah perbincangan anda berdua dengan kawan pasal jamuan sekolah berbanding background status di Korea yang anda kongsikan.
2. Status bersedih kemudian bergelak ketawa dalam beberapa saat.

Katakan ada kawan anda berkongsi status, 'hidup ini memang malang, family halau dari rumah'.. nanti ada kawan-kawan komen, last² si empunya badan sendiri yang komen dengan nada gelak ketawa yang besar seperti 'haha, ko ni Abu, memang paling teruklah hahaha"... bukankan wierd begitu.?
3. 'Like' untuk setuju atau simpati.

Kemungkinan besar mereka juga bersimpati, tetapi bukankan 'like' untuk tandanya 'suka'/'setuju'?
--------------------------------------------------------------------------------
Ini bukanlah entri blog yang bernada sedih, jadi anda boleh 'like' atau 'share' entri ni.
Betul, tak wierd pun. :)
Ada lagi point lain yang anda rasa 'wierd' dengan status/komen di facebook.?
Kongsikan dengan admin di ruangan komen, nanti boleh buat entri lain pula.:)